Perak Hari Ini

Kawal Penjualan Racun oleh Pihak Swasta – Tajuddin

PASIR SALAK: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengawal penjualan racun serangga yang dikeluarkan oleh pihak swasta atau bebas kepada petani di negara ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata ia berikutan keraguan terhadap kandungan racun tersebut.

Beliau berkata, kawalan itu perlu dilakukan bagi mengelakkan penggunaan racun berkenaan yang dikhuatiri merosakkan tanaman padi petani.

Ujarnya, kajian dan siasatan juga akan dilakukan terhadap racun yang dijual oleh pihak terbabit bagi memastikan ianya menepati kualiti yang telah ditetapkan.

“Proses penghasilan racun yang dikeluarkan oleh pihak swasta atau pembekal tersebut menjadi tanda tanya sama ada ia mengikut standard kualiti yang telah ditetapkan atau tidak.

“Jadi, sudah sampai masanya pihak kementerian membuat kajian serta mengawasi pembelian racun-racun dan lain-lain input daripada pihak swasta untuk memastikan ia tidak merosakkan tanaman padi dan mendatangkan kerugian kepada petani” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Tajuddin berkata, pada hari ini ,terdapat petani yang membeli racun daripada pembekal atau penjual yang menawarkan harga yang jauh lebih murah.

“Kita tidak dapat pastikan sama ada jenis racun yang dibeli daripada pihak swasta dan pembekal bebas kualitinya baik.

“Hari ini banyak juga nak jadi pengeluar macam-macam jenis racun dan baja yang dibuat dengan tidak pasti dia ikut kualiti yang ditetapkan ataupun tidak,” tegasnya lagi.

Dalam pada itu, Tajuddin berkata, beliau akan membawa masalah ‘bena perang’ yang berlaku di kawasan Bagan Serai berkenaan kepada pihak kementerian.

“Saya akan bawa perkara ini kepada kementerian dan Jabatan Pertanian supaya membuat kajian apakah punca kejadian penyakit bena perang ini.

“Adakah seperti yang disebut berpunca daripada racun yang digunakan atau mungkin penyalahgunaan racun serangga yang digunakan oleh petani,” katanya lagi.

Terdahulu, akhbar tempatan melaporkan kebimbangan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terhadap penggunaan racun secara berlebihan oleh pesawah-pesawah di Bagan Serai bagi mengatasi masalah ‘bena Perang’ yang melanda kawasan tersebut sehingga mampu mendatangkan kesan buruk terhadap alam sekitar dan kesihatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");