Sukan Hari Ini

KAYUH mahu tambah kawan

Sungai Petani: Kelab Kayuh Utara Harmoni (KAYUH) ingin mendapatkan lebih ramai kawan dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam saingan Harian Metro Mountain Bike (MTB) Grand Prix 2016 Sirkit 1 di Kulim Hi-Tech Park, Kulim, 30 Julai ini.

Kelab yang ditubuhkan pada 2012 itu kini mempunyai 65 ahli berusia 14 hingga 50 tahun namun hanya sebahagian yang aktif manakala selebihnya sekadar berkayuh untuk beriadah dan menjaga kesihatan.

Pengurusnya Shamizan Zainol berkata, sukan basikal lasak tidak asing buat pelumbanya yang pernah menyertai pelbagai pertandingan jamboree dan XCO di Lembah Bujang dan Nibong Tebal.

Katanya, pasukan itu juga tidak kurang hebat kerana beberapa pelumba mereka mempunyai keupayaan meredah laluan berbukit dan sukar.

“Pelumba kami akan melakukan yang terbaik dan memberi saingan hebat kepada semua pelumba.

“Sebab itu, kami tidak meletak sebarang harapan, hanya sekadar mahu bersaing secara sihat. Lagipun sudah lama pelumba berehat dan pertandingan ini boleh menjadi medan menguji keupayaan pelumba.

“Bagi menghadapi kejohanan ini, kami menjadikan kawasan sekitar Pendang sebagai lokasi latihan setiap petang selain kayuhan tetap pagi Jumaat,” katanya.

Katanya, apa yang lebih penting mereka boleh menemui rakan-rakan baru di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara pelumba sedia ada.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");