Berita Hari Ini

‘Ke mana perginya subsidi untuk rakyat?’

SHAH ALAM – “Ke mana perginya subsidi-subsidi yang dulunya diwujudkan untuk melindungi kepentingan rakyat?”. Demikian soalan yang dilontarkan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) susulan kenaikan harga minyak, hari ini.

Presidennya, Mohamad Raimi Ab.Rahim turut bertanya sebab kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi untuk kemaslahatan rakyat.

“Walhal pada masa yang sama bilion ringgit dari khazanah negara dibazirkan atas kelemahan urus tadbir kerajaan?,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan mengkaji kembali pelaksanaan mekanisme apungan harga minyak terutama sekali ketika musim perayaan mahupun cuti.

“Sekiranya dasar ini ingin diteruskan, satu mekanisme kawalan perlu ditetapkan untuk melindungi kepentingan rakyat keseluruhannya daripada terus terbeban,” katanya.

Semalam, harga minyak bagi RON95, RON97 dan diesel untuk bulan Julai 2016 naik 5 sen seliter menjadikan harga runcit RON95 menjadi RM1.75 seliter, RON97 pula RM2.10 seliter manakala diesel dijual pada RM1.60 seliter.

Beliau menyifatkan kenaikan harga minyak itu menjelang Aidilfitri tidak kena pada masanya kerana ia bakal meningkatkan kos persiapan, pengangkutan dan perbelanjaan Aidilfitri umat Islam.

“Selain tambahan perbelanjaan untuk pengangkutan jutaan rakyat yang pulang ke kampung halaman menemui keluarga tercinta, kenaikan harga barangan keperluan dan persiapan perayaan adalah sesuatu yang dijangkakan.

“Kenaikan harga barang seperti yang sering kali berlaku berhubung kait secara langsung dengan kenaikan kos minyak yang terpaksa ditanggung oleh pihak peniaga mahupun pengeluar. Majoriti rakyat yang merupakan pengguna akhir akan menerima kesan terbesar ditambah dengan beban Cukai Perkhidmatan dan Perdagangan (GST) yang telah sedia ditanggung rakyat pada ketika ini,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");