Panasnya Hari Ini

‘Kebajikan Sosial’ 1MDB Hanya Sandiawara – Tony Pua

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa kesemua kebajikan sosial yang disumbangkan oleh 1MDB adalah ‘sandiwara’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ianya dibiayai oleh pembayar cukai.

Pua mendakwa, Yayasan 1MDB ditubuhkan adalah untuk menutup kerugian berbilion ringgit hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram di peringkat antarabangsa.

Ujarnya lagi, syarikat milik negara itu tidak menyaksikan keuntungan sejak ia ditubuhkan enam tahun lau, dan menggunakan program ‘kebajikan sosial’ sebagai ‘usaha perhubungan awam’.

“Oleh itu kami menggesa perdana menteri berhenti memberi gambaran palsu mengenai 1MDB.

“Usaha perhubungan awam ini ditakdirkan akan gagal kerana fakta-fakta dan bukti penyelewengan bernilai berbilion dolar dari 1MDB adalah jelas untuk dilihat oleh semua,”katanya, lapor Malaysiakini.

Terdahulu, Najib memuji Yayasan 1MDB kerana menderma RM10.4 juta dengan menaja seramai 1,100 jemaah untuk menunaikan haji pada tahun ini.

“Lebih baik Najib menjelaskan mengapa beliau mengambil AS$731 juta dari 1MDB dan mengapa dirinya membenarkan anak tirinya, Riza Aziz dan rakan akrabnya, Low Taek Jho untuk menyamun 1DMB bagi membeli hartanah mewah, membayar hutang judi, memperoleh pesawat, mengumpul karya-karya seni dan membiayai gaya hidup mereka,”kata Pua.

Pua turut berkata, adalah ironi bahawa Najib bermegah dengan tajaan RM10.4 juta untuk jemaah haji sedangkan Tabung Haji dikritik kerana membeli tanah 1MDB.

Tabung Haji sebelum ini dilaporkan membeli tanah seluar 0.64 ekar di TRX, Kuala Lumpur pada harga RM188.5 juta atau kira-kira RM2,774 setiap kaki persegi pada tahun 2015 sedangkan kerajaan menjual tanah tersebut kepada 1MDB pada harga RM64 sekaki persegi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");