Jenayah

Kejutan 9 periuk api

Mersing: “Saya sangka ia besi buruk, tetapi selepas diperhatikan dengan lebih dekat ia sebutir bom lama,” kata seorang nelayan, Zaidi Daud, 43, yang menjumpai sembilan bahan letupan itu di kawasan persisiran pantai Kampung Teluk Iskandar, Sri Pantai, kelmarin.

Kira-kira jam 5 petang, dia melihat beberapa objek seperti besi buruk di celah batu ketika air laut surut, sebelum membuat keputusan untuk melihat secara lebih dekat lagi.

“Objek berkenaan dilihat seperti bom dan keadaannya sudah berkarat. Tanpa berfikir panjang saya dan seorang lagi rakan, Idzhar Tahar, 47, membuat keputusan untuk memaklumkan penemuan ini kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing.

“Saya dan rakan yang lain bersyukur kerana selalu melalui kawasan berkenaan setiap kali pulang daripada menangkap ikan dan tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Mersing, Asisten Superintendan Hamka Mohamad, ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan dan berkata, periuk api itu dipercayai digunakan ketika Perang Dunia Kedua.

Katanya, pihaknya juga mendapatkan bantuan Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bagi tujuan pemusnahan sembilan periuk api berkenaan yang dijalankan petang, semalam.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");