Berita Hari Ini

Kelambu baru Kaabah sudah siap

Makkah: Kelambu baru Kaabah atau kiswah sudah siap sepenuhnya, kata pengarah kilang berkenaan di bandar suci ini, Dr Mohammaed Bin Abdullah Bajod.

Seperti tahun sebelumnya, kelambu baru itu akan dipasang untuk menggantikan yang lama pada 9 Zulhijjah, ketika Masjidilharam lengang kerana seluruh jemaah haji berada di Arafah ketika itu.

Ketika mengumumkan perkara itu, Mohammaed tidak menyatakan kos membuat kelambu itu. Bagaimanapun, kos untuk menyiapkan kiswah tahun lalu berjumlah SR17 juta (RM18.34 juta), kata pegawai Saudi.

Perbelanjaan itu ditanggung oleh kerajaan Arab Saudi.

Benang emas seberat 120 kilogram dengan kain sutera 45 meter panjang dan tinggi 14 meter digunakan untuk membuat kelambu itu.

Pada masa sama, kira-kira 160 pekerja digunakan untuk menyulam kaligrafi ayat suci Al-Quran pada kain berkenaan. – Agensi/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");