Sukan Hari Ini

Kelantan kukuh cengkaman

Kuala Lumpur: Gol tunggal jaringan penyerang Blazhe Ilijoski sudah cukup untuk membantu Kelantan menewaskan Kuala Lumpur 1-0 sekali gus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Kumpulan B saingan Piala Malaysia semalam.

Dalam aksi di Stadium Sultan Muhammad IV itu, Kelantan kendalian Velizar Popov terpaksa menunggu pada minit ke-50 untuk menghasilkan gol menerusi sepakan penalti yang tenang disempurnakan Ilijoski.

Kemenangan itu meletakkan Kelantan terus mengungguli kedudukan teratas kumpulan dengan tujuh mata manakala Kuala Lumpur kekal di tangga ketiga berikutan kekalahan kedua dalam saingan setakat ini.

Sementara itu, penyerang import Polis Diraja Malaysia (PDRM) Guilherme De Paula terus membuktikan kehebatannya apabila mencetuskan inspirasi kebangkitan skuad The Cops dengan ledakan dua gol bagi mengatasi PKNS FC 2-1.

Dalam perlawanan di Stadium Shah Alam bagi aksi Kumpulan C itu, tuan rumah PKNS terlebih dulu membuka tirai jaringan menerusi Matias Hadwa di minit ke-8.

Bagaimanapun kelab Liga Perdana itu gagal menghalang kebangkitan peneraju kumpulan PDRM apabila Guilherme menyumbat gol di minit ke-26 dan 67.

Namun, nasib berbeza menimpa pasukan dari Liga Super Terengganu apabila dikejutkan dengan kekalahan 1-2 di tangan pasukan Liga Perdana Negeri Sembilan.

Penyerang tinggi lampai Afiq Azmi menjadi wira pasukan pelawat dengan gol kemenangan pada minit ke-78 selepas jaringan Goran Jerkovic di minit ke-71 memadam kelebihan pasukan tuan rumah Bogdan Milic pada minit ke-23.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");