Sukan Hari Ini

Kemenangan cukup bermakna bagi Irfan

PENGENDALI Felda United, Irfan Bakti Abu Salim menyifatkan kejayaan menewaskan Selangor dalam saingan Liga Super kelmarin merupakan kemenangan manis buat pasukannya.

Menurutnya, kekalahan Selangor itu juga menjadi satu titik tolak kepada saingan dalam liga apatah lagi Selangor yang berada di kedudukan ketiga sedang mengekori rapat The Fighters.

“Bagi saya ia satu kemenangan manis kerana satu-satunya pasukan selain Felda yang boleh mencabar pendahulu liga ialah Selangor.

“Kedudukan Felda di tempat kedua juga selamat sedikit dengan kekalahan Selangor.

“Jadi saya rasa keputusan malam ini (kelmarin) akan menjadi “turning point”. Bagaimanapun, masih ada tujuh perlawanan lagi. Apa-apa jua boleh berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Irfan Bakti turut memuji penyerangnya Francis Forkey Doe yang menyumbat dua gol seterusnya membantu kemenangan pasukan.

“Saya akui dia adalah pemain utama untuk pasukan dan keupayaannya menjaringkan dua gol adalah sesuatu yang ditagih pasukan. Tahniah juga kepada semua pemain yang beraksi cemerlang malam ini,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");