Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Kaji Potensi Pengambilan Air Bawah Tanah

IPOH:Kerajaan negeri meminta pihak terlibat menjalankan kajian terperinci mengenai kaedah alternatif pengambilan air bawah tanah menggunakan kaedah ‘riverbank filtration’ (RBF) bagi penggunaan bekalan air dan komersial.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menjelaskan ia perlu diperhalusi bagi menanpung bekalan air untuk kawasan empangan tertentu terutamanya Empangan Bukit Merah.

“Ia cadangan yang dikemukakan oleh Kerajaan negeri kepada pihak jabatan terlibat seperti Lembaga Air Perak (LAP) untuk menjalankan kajian.

“Kita melihat potensi sumber air di negeri ini dengan menggunakan air bawah tanah yang boleh diambil bagi tujuan penggunaan negeri juga komersial,” katanya sejurus selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Ipoh hari ini.

kerajaan negeri katanya sentiasa melihat potensi bagi memastikan pembekalan air kepada rakyat dan juga bagi tujuan komersial dapat dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Katanya, terdapat pontensi buat negeri ini menggunakan sepanjang laluan sungai menerusi pendekatan RBF.

“kaedah ini telah dibangunkan dibanyak tempat manakala di Perak, Kuala Kangsar telah menggunakan kaedah RBF tersebut dan telah beroperasi,” katanya.

Jelasnya lagi,mengikut kajian disepanjang sungai di negeri ini, kandungan air di tebing sungai berkenaan mempunyai kapasiti yang banyak.

Sementara itu beliau turut menasihati pengusaha daripada sektor industri dan perkilangan juga pengeluaran yang menggunakan sumber air bawah supaya tampil memaklumkan pihak berkuasa negeri mengenai penggunaan sumber itu.

“Sebarang penggunaan sumber negeri termasuk sumber air adalah tertakluk kepada undang-undang merangkumi pembayaran terhadapnya perlu dijelaskan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");