Perak Hari Ini

Khidmat Pegawai Pengiring Amat Diperlukan – KIP

PASIR SALAK: Khidmat pegawai pengiring amat diperlukan dalam menghadapi perlumbaan motosikal di luar negara, ujar pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi.

Pelumba berusia 18 tahun itu berkata, ini kerana ia dapat memudahkan urusan beliau di setiap perlumbaan motosikal yang disertai berikutan umurnya yang masih muda.

Selain itu, ujar beliau itu lagi, ia juga dapat memberikan sokongan terhadap dirinya ketika menghadapi perlumbaan.

“Jika ada pegawai pengiring, lebih mudah urusan perjalanan saya dan boleh menemani saya sepanjang perlumbaan berlangsung,” katanya.

PERAK TODAY 4

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Kesyukuran di Masjid Jamek Kampung Pulau Juar, di sini, pada Sabtu.

Majlis yang turut dihadiri oleh penduduk kampung itu diadakan bagi meraikan kejayaan Khairul Idham mengungguli perlumbaan Moto3 pada Kejohanan Motosikal Dunia di Jerman, baru-baru ini.

Kejayaan tersebut merupakan kemenangan kedua buat pelumba muda itu yang mewakili Honda Team Asia itu selepas kejayaan di GP Argentina pada April lepas.

Pelumba yang berasal dari Kampung Gajah itu berkata, pada ketika ini, beliau ditemani oleh pegawai pengiring, Mohamad Nor Kamaruddin atau lebih dikenali dengan Cik Mat.

Ujar beliau, Cik Mat banyak membantu dirinya untuk memberi sepenuh perhatian terhadap perlumbaan yang disertainya di luar negara.

“Sehingga kini, perbelanjaan Cik Mat sebagai pegawai pengiring terpaksa ditanggung sendiri kerana hanya saya sahaja yang ditangung pihak pengurusan dan penaja,” katanya.

PERAK TODAY 1

Sementara itu, bapa kepada pelumba muda itu, Pawi Omar mengucapkan terima kasih diatas kelulusan peruntukan yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan kepada Khairul Idham.

Jelasnya, bantuan sebanyak RM200,000 itu akan digunakan untuk perbelanjaan pegawai pengiring kepada anaknya.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin melalui kementeriannya telah meluluskan peruntukan permulaan sebanyak RM100,000 bagi membantu karier pelumba muda itu.

Khairy juga memaklumkan beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan untuk meluluskan RM100,000 lagi kepada pelumba pasukan Honda Team Asia itu sebagai tambahan kepada peruntukan yang diluluskan sebelum ini.

PERAK TODAY 2

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");