Jenayah

Kilang proses ayam diserbu

BAYAN LEPAS: Sebuah kilang memproses ayam di Batu Maung diserbu Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pulau Pinang pagi tadi, selepas pengusahanya dikesan menyalah guna logo halal.

Pegawai Operasi PPDNKK negeri, Mohd Nasir Mohamad, berkata pihaknya menerima aduan daripada orang ramai yang ragu dengan aktiviti memproses ayam di kilang berkenaan.

“Serbuan mendapati, syarikat itu bukan pemegang sijil halal sah tetapi menggunakan logo halal yang turut dipamerkan di papan tanda kilang serta beberapa kain rentang syarikat secara haram.

“Kita mengarahkan syarikat berkenaan menutup logo halal berkenaan dan siasatan akan diteruskan bagi mengesan pembekal ayam kilang itu,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu, Bahagian Pelesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) turut mengeluarkan notis saman terhadap kilang berkenaan kerana didapati tidak mempunyai lesen manakala premis dikesan tidak diurus dengan baik.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/177414

-BH online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");