Sukan Hari Ini

KL menang bukan sebab nasib

PENGENDALI Kuala Lumpur, Ismail Zakaria menafikan pasukannya bernasib baik apabila memperoleh tiga mata dari Perlis selepas menang 4-3 pada perlawanan Liga Perdana, kelmarin.

Ismail berkata, pasukannya berhak menang berdasarkan semangat juang tinggi pemain The City Boys untuk memenangi perlawanan tersebut.

“Saya tidak fikir jaringan itu (penalti) disebabkan nasib kerana peluang itu hadir selepas kami dipaksa bekerja keras dan saya fikir kami lebih berhak menang ke atas Perlis.

“Sudah tentu saya gembira. Bukan saja disebabkan kami memperoleh tiga mata, tetapi saya bangga dengan persembahan pemain ketika menentang pasukan yang sukar untuk ditundukkan.

“Pemain menunjukkan sikap dan disiplin terbaik di atas padang dan anda tidak boleh menyalahkan mereka biar pun kami hanya mampu mencatatkan kemenangan tipis ke atas pasukan lawan,” katanya,

Pada perlawanan itu, biarpun mendahului dengan dua jaringan, Kuala Lumpur membenarkan Perlis bangkit untuk mengikat kedudukan 3-3.

Namun, sepakan penalti yang disempurnakan Leo Carioca pada minit ke-89, membolehkan Kuala Lumpur pulang dengan tiga mata.

Hasil kemenangan itu, Kuala Lumpur memanjat ke tangga keempat liga dengan mengumpul 28 mata.

Bagaimanapun, Ismail berkata, prestasi semasa itu masih belum boleh meletakkan Kuala Lumpur dalam situasi selesa.

“Bagi saya, masih ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. Memang kita berjaya kekalkan momentum kemenangan, namun mereka tidak boleh mendabik dada.

“Pemain perlu kekal fokus kerana sasaran kita untuk mencabar kejuaraan liga musim ini dan bersaing di Liga Super, musim depan,” ujarnya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");