Sukan Hari Ini

KL turunkan skuad kedua

THE City Boys akan menurunkan barisan simpanannya pada aksi menentang Kelantan untuk saingan kumpulan B kempen Piala Malaysia di Kota Bharu, malam esok.

Pengendali Kuala Lumpur, Ismail Zakaria berkata langkah itu diambil bagi memberi peluang kepada barisan keduanya untuk membuktikan sesuatu buat pasukan.

“Saya turunkan barisan kedua bukan sebab nak kalah. Tetapi saya ingin memberi peluang kepada mereka yang jarang diturunkan untuk beraksi dan membuktikan sesuatu kepada pasukan.

“Lagipun disebabkan jadual yang padat, saya perlu merehatkan pemain-pemain utama saya. Saya juga percaya, walaupun barisan simpanan, mereka tetap sama bagus dengan pemain utama kami.

“Saya juga yakin kami dapat mencuri mata di Kelantan nanti,” ujarnya.

Ismail turut menyifatkan peluang untuk pasukannya masih cerah dalam saingan Piala Malaysia tahun ini.

“Selepas menewaskan Pahang minggu lalu, kami sudah dapat semangat baru untuk tampil lebih konsisten.

“Sekarang kami berada di tangga ketiga dan masih ada banyak perlawanan menanti.

“Jadi, peluang masih terbuka dan saya mengharapkan strategi dan percaturan pemain ini berjaya,” tambahnya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");