Isu Panas

Konspirasi guling Najib: Kasihan kakitangan kerajaan

SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) menyatakan simpati kepada seluruh kakitangan kerajaan susulan laporan polis dibuat ke atas tiga individu berpengaruh yang terlibat dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad.

Naib Presidennya, Hasanuddin Mohd Yunus mendakwa ketiga-tiga individu itu menjadi mangsa gara-gara berkata benar.

“Apakah ini fenomena baru? Tiga orang ini telah terbukti selama puluhan tahun mereka taat, patuh, berkorban dan memberi khidmat terbaik kepada negara.

“Amanah bersimpati dengan seluruh kakitangan kerajaan yang masih berkhidmat mahupun yang telah tamat perkhidmatan. Khidmat dan jasamu semua sentiasa dikenang,” katanya dalam kemas kini status di Facebooknya.

Selasa lalu, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun telah membuat laporan polis terhadap bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani? Patail.

Dalam laporan itu, Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga mereka dipercayai terlibat dalam konspirasi menggulingkan Najib dan kerajaan Malaysia.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");