Jenayah

KPDNKK rampas 5,000 liter diesel

Shah Alam: Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor merampas 5,000 liter diesel di sebuah stor di Kampung Baru Subang dekat sini, petang semalam.

Hasil rampasan dalam operasi jam 4 petang itu dianggarkan RM10,600.

Ketua Seksyen Penguat kuasa KPDNKK Selangor Basarudin Mohyidin berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya mendapat aduan awam dan risikan.

Menurutnya, selain diesel satu unit pam minyak, dua unit hos serta dokumen berkaitan disita.

“Hasil pemeriksaan mendapati tempat berkenaan dijadikan stor penyimpanan barang kawalan iaitu diesel yang tidak mempunyai lesen.

“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya,” katanya di sini, hari ini.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");