Isu Panas

‘Ku Li perlu kekal di Gua Musang’

GUA MUSANG: Pemuda Umno Bahagian menyatakan pendirian teguh untuk terus menyokong kepimpinan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Umno Gua Musang.

Ketuanya, Sheikh Razali Sheikh Hamat menegaskan, Pemuda Umno mahu Ku Li terus mengekalkan jawatan kerana khidmat beliau masih diperlukan untuk membimbing barisan kepimpinan muda.

“Kami masih mahu Ku Li terus berkhidmat kerana jasanya yang sangat besar, malah kredibilitinya menjadikan Umno Gua Musang kekal kukuh.

“Pemimpin yang boleh beri kemenangan kepada perjuangan perlu kita kekalkan. Lagipun beliau masih sihat walaupun usianya mencecah 79 tahun. Nabi Muhammad SAW pun berkhidmat sehingga ke akhir hayat baginda.” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas hasrat Ku Li yang mahu berundur pada PRU14 yang menjadi polemik dalam kalangan masyarakat sehingga ramai tokoh mula diperkatakan untuk menggantikan tempat beliau.

Menurut Sheikh Razali, sekiranya Ku Li benar-benar mahu bersara, pengganti beliau mestilah menjadi pilihan rakyat Gua Musang.

“Calon perlu penuhi ciri kepimpinan seperti jujur, amanah, tidak sombong, tidak menunjuk kekayaan, faham denyut nadi rakyat dan bukan calon payung terjun,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa kunjungan hormat Pemuda Umno ke pejabat Ku Li, kelmarin. Turut serta, Yang Dipertua Majlis Belia Jajahan, Azmawi Fikri Abd Ghani dan Presiden Majlis Belia Felda Gua Musang, Mohd Norfazly Daud.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");