Berita Hari Ini

Kukuh hubungan baik kedua negara

JOHOR BAHRU – Pelaksanaan Eksesais Keris Strike 20/ 2016 memberi impak besar terhadap hubungan baik kedua-dua negara.

Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Hasagaya Abdullah berkata, program selama dua minggu itu membabitkan seramai 1,288 pegawai dan anggota Tentera Darat Malaysia dengan Tentera Pasifik Amerika Syarikat (USARPAC) yang berpangkalan di Hawaii.

Menurutnya, Eksesais Keris Strike itu penting kepada Tentera Darat Malaysia untuk meningkatkan taktik dan kemahiran bersama dalam semua aspek prosedur dan sebagainya.

“Amerika Syarikat (AS) sebuah angkatan tentera yang berpengalaman dalam peperangan yang membolehkan kita belajar daripadanya dan dia juga banyak belajar daripada kita yang mempunyai pengalaman luas dalam operasi bantuan kemanusiaan serta bencana alam.

“Kita pakar dalam operasi peperangan hutan, jadi kita ingin kongsi mana-mana yang sesuai supaya segala aspek prosedur dapat dikemaskini pada setiap masa dan begitu juga aspek teknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Eksesais Keris Strike Siri 20/ 2016 di Padang Kawad 6 Rejimen Renjer Diraja (RRD), Kem Ulu Tiram, di sini, semalam.

Hadir sama, wakil delegasi dari USARPAC, Kolonel Stephen LA Michael.

Hasagaya berkata, eksesais yang bermula semalam sehingga 5 Ogos depan akan diadakan di Negeri Sembilan dan Johor membabitkan Kem Syed Sirajudin Gemas, Kem Mahkota Kluang dan Kem Ulu Tiram.

Menurutnya, antara Tentera Darat Malaysia yang mengambil bahagian ialah Markas 3 Divisyen, Markas 7 Briged, 10 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), 6 RRD, 21 Grup Gerak Khas (GGK), Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) dan Rejimen 501 Askar Wataniah (AW).

“Bagi tentera AS pula ia melibatkan 25th Combat Aviation Brigade (CAB), 2-2 Stryker Brigade Combat Team (SBCT), 81-Cavalry Battalion, 500th Military Intelligence Brigade (MI BDE), 62nd Medical Surgical Team dan 902nd Contracting Sustainment Brigade (CSB).

“Ia melibatkan seramai 733 pegawai dan anggota Tentera Darat Malaysia serta 558 orang dari USARPAC yang berpangkalan di Hawaii,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");