Panasnya Hari Ini

Laluan Masuk R&R Genting Sempah Akan Ditutup Secara Berperingkat

KUALA LUMPUR:Penutupan lorong secara berperingkat melibatkan laluan masuk ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah yang akan dijalankan bermula 1 hingga 11 Ogos ini.

Pengendali konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad memaklumkan penutupan itu melibatkan kerja-kerja menaiktaraf dan penurapan jalan bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan dan keselesaan pengguna.

“Laluan sementara ke R&R Genting Sempah untuk tempoh berkenaan hanya dibuka untuk kenderaan ringan sahaja, manakala pada 11 Ogos R&R tersebut akan ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan bermula dari jam 8 pagi hingga 10 malam,” katanya menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak ANIH Berhad semalam.

Semua pengguna yang ingin memasuki R&R Genting Sempah turut dinasihatkan supaya mematuhi papan tanda serta arahan yang diberikan petugas dilokasi. (Sila rujuk peta laluan sementara dan kemudahan parkir yang disediakan).

Orang ramai juga boleh mendapatkan  maklumat lanjut, menerusi medium komunikasi seperti Facebook Lebuhraya Pantai Timur dan laman Twitter @LPTTrafik bagi mengetahui status dan keadaan terkini serta isu-isu lain di sepanjang jajaran lebuh raya di bawah kendalian ANIH Berhad.

Pengguna juga dinasihati supaya mengikuti akaun laman sosial LPT untuk merancang perjalanan.

“Mesej turut di paparkan menerusi papan tanda elektronik (VMS) di sepanjang lebuh raya bagi membolehkan pengguna membuat persediaan awal dengan berhenti di kawasan R&R atau hentian sebelah yang lain, jika perlu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");