Isu Panas

Lantik ulama dalam suruhanjaya siasatan 1MDB

SHAH ALAM – Pas menggesa agar satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja yang dianggotai termasuk ulama yang pakar dalam ekonomi dan kewangan Islam ditubuhkan.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, siasatan harus menumpukan kepada dua aspek di mana salah satunya adalah pengurusan pelaburan dan kewangan yang silap, iaitu strategi dan jangkaan pelaburan yang salah.

“Perkara ini dalam ekonomi konvensional adalah biasa, tetapi dalam ekonomi Islam ada hukum berbeza,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Sementara aspek kedua pula katanya adalah merupakan aspek penyelewengan seperti tuduhan Jabatan Peguam Negara Amerika Syarikat yang gagal disiasat pihak berkuasa negara.

“Ia melibatkan pengubahan dana haram iaitu perpindahan wang tanpa saluran yang betul dan pemilikan harta atas nama peribadi.

“Kedua-dua ni perlu disiasat oleh Suruhanjaya DiRaja untuk menyelesaikan kes ini yang sudah bertahun-tahun,” katanya lagi.

Tuan Ibrahim dalam kenyataan sama turut mempersoal bukti berkaitan 1MDB yang tidak dijumpai pihak berkuasa Malaysia, sebaliknya berjaya ditemui pihak berkuasa AS.

“Apa yang menarik di dalam kertas saman sivil yang difailkan Jabatan Kehakiman AS ialah siasatannya mendapati bahawa Good Star Limited dimiliki oleh Low Taek Jho dan bukannya PetroSaudi seperti yang ditegaskan Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulisnya di parlimen pada 26 Mei yang lalu.

“Selain itu, kertas saman sivil itu juga menegaskan bahawa Aabar-BVI adalah satu syarikat yang tiada kena mengena dengan Aabar Investment PJS, sebuah anak syarikat IPIC, yang dimiliki Abu Dhabi. Cuma pelik bagaimana Jabatan Kehakiman AS dapat menjumpai bukti mengenai syarikat yang berpengkalan di Malaysia tapi tidak pihak berkuasa Malaysia?” soalnya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");