Perak Hari Ini

Lebih RM80 Juta Bina Kemudahan Masyarakat Orang Asli Di Sungai Siput

SUNGAI SIPUT : Kerajaan telah membelanjakan lebih RM80 juta bagi menyediakan kemudahan jalan raya yang lebih selesa untuk masyarakat kampung Orang Asli di kawasan Parlimen Sungai Siput.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, penambahbaikan infrastruktur seperti jalan raya akan memberikan kehidupan yang lebih baik kepada masyarakat orang asli.

“Sekarang kita sedang membantu menyediakan kemudahan jalan raya yang mana dahulu kita telah menyediakan sebanyak RM8 juta.

PERAK TODAY 1

“Tetapi kali ini, sebanyak RM14 juta akan diperuntukan untuk proses projek ke Kuala Mu ini yang akan dimulakan pada bulan hadapan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Kembara Ummah XPDC di Kampung Kuala Mu, di sini, hari ini.

Sebelumnya, beliau sempat menyampaikan bantuan kotak makanan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) kepada keluarga masyarakat Orang Asli terpilih dan duit raya kepada kanak-kanak masyarakat Orang Asli.

PERAK TODAY 9

Selain itu, kata Zambry, kerajaan juga turut memberikan peruntukan untuk menyediakan jalan raya dari Kampung Bawong ke Pos Legap dan Pos Legap ke Pos Yum masing-masing sebanyak RM29 juta.

“Kita sedang menyediakan peruntukan yang besar untuk pembangunan dalam kawasan Parlimen Sungai Siput bagi kemudahan infrastruktur seperti ini.

“Ianya akan memberi kebaikan kepada sekitar 5,000 penduduk yang tinggal di kawasan ini,”jelas Zambry.

PERAK TODAY 11

Sementara itu, Zambry dalam ucapannya berkata, masyarakat Orang Asli tidak akan ketinggalan dalam menerima kemudahan infrastruktur seperti rakyat di tempat lain.

“Kerajaan tidak tinggal anda di sini kerana kerajaan tahu bahawa anda semua adalah rakyat kita, rakyat negeri Perak dan rakyat Malaysia yang perlu kita sediakan infrastruktur.

“Saya tak mahu ada perbezaan. Saya mahu apa yang masyarakat lain dapat, masyarakat Orang Asli juga akan dapat,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");