Sukan Hari Ini

Liverpool, Sevilla terima padah

London: Liverpool dan Sevilla didenda UEFA kelmarin berikutan kekecohan penonton sebelum dan ketika final Liga Europa di Basel, Mei lalu.

Sevilla, yang memenangi perlawanan itu 3-1 bagi kejuaraan Liga Europa ketiga berturut-turut, didenda 17,000 euro (RM76,000) manakala Liverpool dikenakan denda 16,000 euro (RM71,500).

Hukuman itu khusus berkaitan gangguan penonton yang membakar bunga api dan mercun serta kain rentang yang tidak dibenarkan.

Segelintir penyokong bergaduh di belakang salah satu tiang gol sejurus sebelum sepak mula dengan peminat menyalahkan masalah itu kerana penganjur gagal memisahkan kedua-dua penyokong.

Begitu juga kritikan terhadap UEFA mengenai pemilihan Stadium St Jakob-Park, yang mana dengan kapasiti hanya 35,000 tidak seharusnya menjadi hos final pertandingan utama Eropah. – AFP/sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");