Membawang Hari Ini

Luah pengalaman orang sekeliling

Kali terakhir penyanyi Hazami muncul dengan single adalah pada 2013 menerusi Sonata Rindu.

Terbaru, figura yang mula mencipta nama melalui lagu Sonata Musim Salju ini hadir dengan single berjudul Cintai Dia.

Pertama kali memainkan lagu ini menerusi Spotify, alunan melodinya mengimbau kenangan karya popular terdahulu Hazami.

Jalan ceritanya mengenai gadis yang kekasihnya berkahwin dengan rakannya sendiri.

Tidak mahu terus dibelenggu rasa kecewa, gadis itu kembali kepada fitrah dan kembali mendekatkan diri kepada Tuhan.

Liriknya yang menyentuh hati hasil nukilan penyanyi itu sendiri dan boleh dikaitkan dengan sesiapa sahaja yang pernah mengalami pengalaman serupa.

Bagi Hazami, dia bersyukur apabila buah tangan terbarunya ini diterim ramai dan mendapat reaksi positif.

“Ramai suka lagu ini. Kata mereka, lagu ini boleh dikaitkan dengan pengalaman mereka sendiri.

“Saya tidak bermaksud menghentam sesiapa menerusi penghasilkan Cintai Dia, sebaliknya ia sekadar medium meluahkan pengalaman orang di sekeliling saya,” katanya lagi.

Selepas lebih tiga tahun menyepi, Hazami ingin memberikan karya yang mengingatkan orang ramai akan identitinya.

“Saya kembali selepas sekian lama berehat dengan mengetengahkan lagu balada yang sememangnya dekat dengan jiwa saya.

“Saya berikan apa yang peminat mahu. Inilah yang mereka minta selama ini terutama vokal serta alunan melodi yang sama.

“Kata orang, semakin menginjak usia kita lebih cenderung bereksperimen. Namun, saya perlu menutup keinginan itu demi mengekalkan identiti saya,” katanya lagi.

Cintai Dia kini semakin kerap diputarkan di radio dan menjadi pilihan pendengar yang rindukan kelunakan suara Hazami.

INFO:

Lagu: Cintai Dia

Penyanyi: Hazami

Komposer & lirik: Hazami

Terbitan: Music And Me Studios

Edaran: Cloudworks Records

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");