Sukan Hari Ini

Makin bisa

Paris: Ketika Dimitri Payet melutut padang di Lyon untuk mencium but kiri Antoine Griezmann sewaktu Perancis menang 2-1 ke atas Ireland bagi menempah slot ke suku akhir Euro 2016, ramai penyokong merasakan mereka menyaksikan lebih daripada sekadar sambutan meraikan gol yang pelik.

Dua gol Griezmann pada Ahad lalu melegakan penyokong Perancis yang dilihat risau dengan persembahan pemain berusia 25 tahun itu selepas memulakan kejohanan ini dengan aksi di bawah par.

Insiden mencium kasut itu berlaku selepas Griezmann menjaringkan gol kedua untuk mengesahkan kemenangan Perancis dan menyertai Gareth Bale (Wales) dan Alvaro Morata (Sepanyol) selaku penjaring terbanyak kejohanan dengan tiga gol.

Penyokong berharap apa yang berlaku antara Griezmann-Payet sama seperti amalan mencium kepala di lakukan pertahanan, Laurent Blanc ke atas penjaga gol Perancis, Fabien Barthez yang menjadi kenangan terindah buat Perancis ketika muncul juara Piala Dunia 1998 di laman sendiri.

Perubahan taktikal juga berlaku pada separuh masa kedua dengan tindakan jurulatih Didier Deschamps meletakkan Griezmann berdekatan Olivier Giroud di bahagian depan nyata membuahkan hasil apabila Griezmann menjaringkan gol untuk Perancis dalam tempoh yang singkat.

“Kami berjanji kepada diri sendiri untuk segera bangkit. Kami adalah Perancis dan kekalahan akan membuatkan kami menjadi bahan gurauan.

“Saya bukan penyelamat, ia usaha satu pasukan,” kata Griezmann yang mengakui penyokong sudah tentu mahukan sentuhan sama darinya apabila Perancis bertemu Iceland di Paris Ahad ini untuk mencari slot ke separuh akhir.

“Griezmann di tahap terbaik,” tajuk utama akhbar harian sukan Perancis, L’Equipe sehari selepas kemenangan mereka ke atas Ireland.

Penyerang Atletico Madrid itu boleh dimaafkan jika memberi alasan kepenatan pada awal kejohanan, selepas dia menjaringkan 22 gol dalam 38 perlawanan musim ini, seterusnya berjaya mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Aksinya, menyebabkan jurulatih Atletico Diego Simeone merasakan penyerang berdisiplin dan rajin itu adalah antara tiga penggegar gawang terbaik dunia.

Griezmann, yang masih lagi remaja ketika berpindah ke Sepanyol bersama Real Madrid sebelum menyertai Atletico pada 2014, kurang dikenali di Perancis dan hanya mendapat panggilan pertama pada Mac 2014, apabila jurulatih Didier Deschamps memanggilnya membantu mereka menang 2-0 dalam perlawanan persahabatan.

Selepas itu dia meraih 30 aksi dan 10 gol bersama Perancis, dengan susuk tubuh kurang tegap dan kelihatan seperti kanak-kanak lelaki, membolehkan penyokong meng
gelarnya ‘Grizou’.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");