Perak Hari Ini

MB Perak Harap JKKK Laksana Tanggungjawab

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berharap agar ketua kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini dapat melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka.

Beliau berkata, sehingga kini, terdapat dua terma tambahan yang telah diberikan kepada mereka antaranya melibatkan proses pendaftaran pengundi-pengundi baru.

PERAK TODAY 4 (2)

“Contohnya sebentar tadi kita menyaksikan bagaimana setiap ketua-ketua kampung yang diwakili daripada setiap daerah menyampaikan borang maklumat tambahan berkaitan pengundi-pengundi baru,” katanya.

 

Zambry berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Perjumpaan Khas Menteri Besar Bersama JKKK Negeri Perak di Kinta Riverfront Hotel & Suites, di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, pihak ketua kampung, penghulu dan pegawai daerah juga akan membuat pemantauan untuk memastikan matlamat untuk mencegah penyalahgunaan dan penagihan dadah di setiap kampung itu dapat dilaksanakan.

“Kita yakin dengan pendekatan akar umbi yang kita lakukan pada hari ini dan kalau setiap daripada mereka dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya, maka dengan sendirinya masalah penagihan dadah di kawasan kampung luar bandar umpamanya dapat diatasi secara bersama secara kolektif,” katanya.

PERAK TODAY 1 (1)

Tambah beliau lagi, pihaknya menekankan pergerakan secara kolektif kerana pihak akar umbi lebih mahir dan maklum terhadap masalah yang berlaku di kawasan mereka.

“Kita telah pun melihat ada perkembangannya walaupun kita tahu bahawa terlalu banyak proses pembaikan yang perlu dilakukan oleh mereka. Namun pergerakan itu sudah pun kita nampak,” katanya.

Mengulas mengenai perjumpaan yang diadakan pada hari ini, beliau berkata, ia bertujuan untuk memastikan bahawa ketua kampung telah melaksanakan dua terma tambahan diberikan kepada mereka.

“Sebagai contoh hari ini kita nak semak dan pastikan supaya arahan itu telah mula dilaksanakan.

“Mereka juga diberikan maklum balas tentang perkembangan terkini khususnya yang berkaitan dengan perkara yang kita arahkan mereka lakukan,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");