Panasnya Hari Ini

MCA Pertimbang Cadangan Buka Keahlian Pada Kaum Lain Jadi ‘Ahli Bersekutu’

KUALA LUMPUR:Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon menegaskan bahawa parti itu sedia mempertimbangkan cadangan untuk membuka keahliannya kepada kaum lain berikutan parti itu akan menjadi lemah jika terus kekal sebagai parti kaum Cina.

Memetik sumber The Sun ujarnya, presiden parti itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai secara dasarnya bersetuju dengan langkah menjadikan kaum lain sebagai “ahli bersekutu” dan perbincangan mengenai cadangan itu masih diteruskan dari semasa ke semasa.

Malah tambahnya, cadangan itu akan dibangkitkan pada perhimpunan agung MCA akan datang dan sebaik sahaja diluluskan, perlembagaan akan dipinda untuk memudahkan pengambilan kaum lain sebagai “ahli bersekutu”.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini, MCA belum mempertimbangkan pertukaran nama parti apabila keahliannya terbuka kepada kaum lain.

Tambahnya, walaupun bakal mendapat tentangan daripada sesetengah ahli, khasnya veteran, cadangan itu disifatkan sebagai permulaan baik buat MCA kerana parti itu tidak boleh lagi melihat isu dibangkitkan rakyat dari sudut kaum Cina sahaja.

“Kekal sebagai parti satu kaum akan menjadikan MCA lemah kerana hakikatnya Malaysia adalah negara majmuk yang mengamalkan pelbagai budaya, tetapi kami hanya cuba mendapatkan sokongan daripada masyarakat Cina,” katanya.

Beliau turut menyatakan kepercayaan bahawa cadangan itu bakal memanfaatkan parti dalam jangka panjang, khasnya apabila ada di kalangan “ahli bersekutu” mereka yang tahu berbahasa Cina.

Menurut laporan setiausaha agung MCA, parti itu mempunyai kira-kira 1.07 juta ahli dengan 238,689 daripada mereka adalah ahli Pemuda setakat 3 September 2015.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");