Sukan Hari Ini

Moyes mahu khidmat Januzaj

PENGENDALI baharu Sunderland, David Moyes berminat mendapatkan khidmat pemain Manchester United, Adnan Januzaj di Stadium of Light secara pinjaman musim ini dalam usaha memantapkan saingan The Black Cats dalam kempen Liga Perdana Inggeris 2016/17, lapor Daily Mail.

Pemain berusia 21 tahun itu musim lalu dipinjamkan ke kelab Bundesliga, Borussia Dortmund, namun gagal menyerlah, musim ini dilaporkan dalam senarai untuk dipinjamkan kepada kelab lain.

Semasa Moyes di The Old Trafford, pemain Belgium itu tampil menyerlah dengan dua gol ketika membantu The Red Devils menewaskan Sunderland, 2-1 dalam aksi di Stadium of Light pada 2013.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");