Panasnya Hari Ini

Muhyiddin Diramal Ketuai Parti Politik Baharu – Zaid

KUALA LUMPUR : Bekas Menteri, Datuk Zaid Ibrahim meramalkan bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengetuai parti politik baharu yang bakal ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ujarnya, beliau mendapat tahu mengenai perkara tersebut menerusi maklumat yang diperolehinya.

“Saya gembira apabila mendapat tahu daripada sumber dalaman bahawa beliau telah memutuskan untuk meneruskan perjuangannya dalam politik dengan menjadi presiden parti baharu.

“Saya faham ia akan menjadi sebuah parti Melayu atau parti Bumiputera yang semuanya hampir sama dengan UMNO,”ujarnya, lapor mstar.

Terdahulu, Muhyiddin yang dipecat dari UMNO diramalkan akan menerajui parti baharu Tun Mahathir manakala bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal akan menjadi timbalannya.

Bagaimanapun, Shafie menolak tawaran tersebut.

Zaid turut berkata, sebuah parti politik boleh berasaskan kepada satu kumpulan etnik sahaja selagi ia tidak bersifat perkauman, berfikiran sempit dan melampau dalam tindakannya.

“Apa yang kita perlukan adalah sebuah parti berasaskan Melayu yang inklusif dan progresif dan mempunyai semua ciri sebuah parti untuk masa depan.

“Ia mesti positif dalam unjurannya dan menjauhi kebencian dan ketaksuban. Ia mesti menjadi parti yang mengambil berat tentang rakyat dan yang bekerja untuk menyatupadukan rakyat bukan memecahbelahkan rakyat,”ujarnya.

Bagaimanapun, Zaid turut berkata, kebimbangan utama beliau mengenai parti baharu itu adalah kesediaan parti pembangkang lain dan pemimpin masing-masing untuk menerima Muhyiddin sebagai pemimpin dan bakal perdana menteri.

“Apa yang kita perlukan sekarang adalah pemimpin dan perdana menteri masa depan yang boleh mengambil alih pentadbiran negara ini,”ujarnya.

Katanya lagi, pada masa ini, pembangkang tidak mempunyai pemimpin yang dapat menyatukan semua parti pembangkang.

“Sebenarnya mereka semua fikir mereka cukup kuat untuk menyatukan pembangkang dan mengekang kurangnya kepercayaan bersama yang telah mencemari kerjasama mereka, tetapi sebenarnya tidak,”tegas beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");