Isu Panas

Muhyiddin masih lagi relevan dalam politik negara

JOHOR BAHRU – Parti Amanah Negara (Amanah) Johor menganggap bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih relevan berada di dalam arena politik negara.

Pengerusinya, Aminolhuda Hassan berkata, pihaknya turut mengalu-alukan pemimpin berkenaan untuk menyertai Amanah atau Pakatan Harapan bagi menguatkan jentera pentadbiran pembangkang.

“Muhyiddin merupakan seorang pemimpin yang baik dan berintegriti, malah beliau juga lantang bersuara dan bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan nasib rakyat dari terus dimanipulasi kerajaan korupsi.

“Beliau juga merupakan seseorang yang berpengaruh malah mempunyai pengalaman yang luas mengenai situasi politik yang sedang berlaku,” katanya pada sidang media di Kelab Akhbar Cina, di sini.

Aminolhuda berkata, pihaknya turut berpendapat bahawa Muhyiddin juga merupakan calon yang sesuai bagi memegang jawatan ketua pakatan harapan yang baharu memandangkan pengaruhnya yang besar di dalam negara.

“Muhyiddin disingkirkan oleh Umno bukan disebabkan dia tidak menunjukkan potensi yang baik tetapi disebabkan keberaniannya mempersoal Najib mengenai isu IMDB.

“Dalam masa yang sama, situasi sekarang kami memerlukan pemimpin yang berada di lapangan kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu pemimpin kini sukar untuk berjuang kerana langkahnya terbatas.

“Perbincangan inj telah dilakukan bersama pihak Amanah Nasional dan mereka juga berpendapat bahawa usaha berkenaan merupakan salah satu langkah yang progresif yang boleh diambil bagi memperkuat jentera Pakatan Harapan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");