Panasnya Hari Ini

Muhyiddin Setuju Sertai Siri Jelajah 1MDB Anjuran PKR

KUALA LUMPUR:PKR bakal menganjurkan siri jelajah untuk menerangkan isu-isu mutakhir termasuk kes dakwaan berkaitan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang turut mendapat sokongan daripada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden PKR, Datuk Seri Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, siri jelajah itu bertujuan untuk memberi ruang kepada rakyat rakyat memahami berkenaan krisis kegagalan urus tadbir di negara ini.

“Rakyat Malaysia telah lama menyaksikan bagaimana pemusatan kuasa politik mengakibatkan terhakisnya institusi-institusi negara dan terbantutnya demokrasi; dasar-dasar menekan rakyat hanya menambah beban termasuk melalui peningkatan harga barang; gejala ekstremisme dan perkauman sempit yang semakin menular mampu memecahkan kita.

“Kami sudah mendepani kemelut salah guna kuasa dari dahulu lagi,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Bagaimanapun beliau masih tidak menetapkan tarikh terhadap program yang bakal berlangsung itu yang akan menyertai siri jelajah itu termasuk rakan Pakatan Harapan, NGO-NGO dan rakan politik lain.

Malah pihak PKR turut mengalu-alukan penglibatan sama bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam siri jelajah tersebut.

Muhyiddin yang turut hadir pada sidang media sama menyokong penuh cadangan tersebut selain berkata, cadangan tersebut boleh diperkasakan dari semasa ke semasa.

“Saya sokong inisiatif yang dicadangkan ini, malah saya rasa ia perlu dipertingkatkan lagi.

Kalau rakyat tidak disedarkan kuasa mereka untuk menentukan masa depan negara, sampai bila-bila pun mereka tidak akan sedar.

“Saya akan terlibat bila dijemput. Itu pun kalau mereka mahu jemput sayalah,” katanya sambil berseloroh.

Jelas Muhyiddin lagi, beliau akan bersama dengan pembangkang untuk tampil memberi penjelasan dan penerangan kepada rakyat tentang masalah yang dihadapi hari ini.

“Tak penah dalam sejarah hidup saya berhadapan dengan keadaan negara yang cukup dahsyat.

“Ia telah membawa kesan kepada usaha kita untuk membawa kemajuan dan pembangunan kepada negara. Pelabur menarik diri dan negara berdepan dengan kesan ekonomi yang mendalam. Rakyat jadi tertekan dengan keadaan ekonomi negara hari ini,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");