Sukan Hari Ini

Neymar Kekal Di Nou Camp Hingga 2021

NEYMAR Jr menandatangani kontrak baharu selama lima tahun bersama Barcelona.

Bintang Brazil itu mengesahkan berita tersebut dengan memuatnaik gambarnya di laman Twitter pada awal pagi Jumaat.

“Saya amat gembira kerana berpeluang meneruskan impian saya bersama Barcelona,” kata Neymar.

Barcelona kemudiannya mengesahkan kontrak baharu itu telah ditandatangani dengan menyaksikan penyerang prolifik tersebut akan kekal di Camp Nou sehingga 2021.

Klausa pelepasan pemain berusia 24 tahun itu ditetapkan pada 167 juta pound meningkat kepada 186 juta pound pada tahun kedua perjanjian dan seterusnya dan 209 juta pound.

Neymar turut diintai Manchester United dan Paris St Germain (PSG).

Dia menjaringkan 55 gol dalam 93 perlawanan La Liga sejak berhijrah dari Santos dengan bayaran perpindahan bernilai 48.6 juta pound pada 2013.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");