Berita Hari Ini

Now tidak akan berkompromi

SHAH ALAM – National Oversight & Whistleblowers (Now) tidak akan berkompromi dalam membongkar skandal-skandal rasuah dan salah guna kuasa, Pata pengarahnya, Akmal Nasir.

Menurut Akmal, pagi ini, pihaknya telah dimaklumkan oleh orang rami berhubung kemunculan kain rentang berunsur provokasi di beberapa lokasi termasuk Ampang, Gombak dan Shah Alam.

“Ini merupakan fitnah jahat mereka yang mahu mengalihkan perhatian rakyat daripada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga Malaysian Official 1,” katanya menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Sehubungan itu, Akmal memaklumkan bahawa pihaknya telah memanjangkan perkara tersebut kepada ahli Parlimen Pandan, Rafizi ramli dan Pengarah Eksekutif Pemantau Anti Rasuah (C4), Cynthia Gabriel.

Menurut Akmal, pihaknya mengecam sekeras-kerasnya cubaan fitnah terhadap Now dan C4 bagi memburukkan usaha masyarakat sivil memerangi rasuah di negara ini.

“Ini seolah-olah menunjukkan saman sivil oleh Department of Justice (DOJ) Amerika Syarikat memberi kesan yang besar hingga terpaksa mendesak kumpulan tertentu menggunakan taktik kotor untuk mempertahankan 1MDB dan Malaysian Official 1.

“Selain itu, ia juga merupakan cubaan bagi melemahkan rakyat untuk bersatu dalam menyatakan bantahan secara demokrasi sama ada melalui pilihan raya mahupun himpunan aman,”katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");