Isu Panas

Pas nafi Akta 355 tidak berperlembagaan

SHAH ALAM – Rang Undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 adalah RUU yang mengikut peraturan dan bukanlah suatu yang tidak berperlembagaan, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin berkata demikian ketika menyanggah kenyataan Ketua Biro Undang-Undang dan Perlembagaan , Majlis Perundingan Melayu (MPM),Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dalam satu kenyataannya.

Menurut Takiyuddin, MPM sepatutnya membantu Pas memperjelas perkara tersebut kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini.

“Kami agak hairan kenapa dalam suasana majoriti umat Islam secara peribadi mahupun organisasi menyokong hasrat meminda Akta 355 dengan tujuannya yang amat jelas ini, MPM mengambil pendirian yang amat ketara bercanggahan dengannya .

“Sepatutnya MPM menjadi antara ejen bagi memperjelaskan perkara ini dalam masyarakat terutamanya orang-orang Melayu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pas dalam pada itu melahirkan keterbukaan kepada mana-mana pihak untuk tampil berdialog mengenai akta tersebut.

Selain itu, Takiyuddun juga turut mencadangkan pihak berkepentingan membuat kajian terperinci terhadap akta tersebut.

“Pas juga sedia mengadakan konsultasi dengan mana-mana pihak dalam hal ini demi mencapai persefahaman positif di samping mengelakkan polemik di kalangan masyarakat yang merugikan semua pihak,” katanya lagi.

MPM dalam satu kenyataan kelmarin beranggapan RUU persendirian yang akan dibawa anggota Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah tidak sah serta tidak berperlembagaan.

Justeru, kata Abdul Aziz, RUU itu tidak menjadi keperluan dan tindakan Presiden Pas itu sebagai satu pembaziran masa dan tenaga.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");