Sukan Hari Ini

Pasukan angkat berat Russia diharamkan bertanding di Rio

PARIS: Pasukan angkat berat Sukan Olimpik Russia diharamkan dari temasya Olimpik Rio selepas kuasa besar sukan itu terpalit kes doping terbaharu, semalam.

“Integriti sukan angkat berat itu sudah rosak teruk dalam beberapa kali insiden membabitkan atlet Russia, oleh itu ia hukuman yang sesuai digunakan untuk mengekalkan status sukan ini,” menurut Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) dalam satu kenyataan.

Kini 117 atlet Russia diharamkan dari menyertai temasya berkenaan – termasuk 67 atlet trek dan padang – daripada 387 pada awalnya dinamakan Jawatankuasa Olimpik Russia.

Lapan atlet angkat berat yang pada mulanya disenaraikan termasuk Oleg Chen, Adam Maligov, Ruslan Albegov, David Bedzhanyan dan Artem Okulov dalam kategori lelaki dan Tatiana Kashirina, Tima Turieva dan Anastasia Romanova pula bagi wanita.

Okulov adalah juara dunia dan pada kejohanan di London 2012, Albegov merangkul pingat gangsa dan Kashirina membawa pulang perak. Pencalonan Kashirina dan Romanova ditarik balik oleh Jawatankuasa Olimpik kerana pelanggaran peraturan anti-doping.

“Di bawah keadaan tertentu, atlet Russia dari mana-mana 28 sukan Olimpik musim panas perlu menganggap ia sebagai akibat dari apa yang dipertanggungjawabkan bersama untuk melindungi kredibiliti pertandingan Olimpik, dan ‘andaian tidak bersalah’ tidak boleh diguna untuk mereka,” menurut IWF. – AFP

 

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");