Panasnya Hari Ini

Peguam Negara Dicabar Dedah Malaysian Official 1 Atau Letak Jawatan

KUALA LUMPUR : Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali diberi kata dua sama ada mendedahkan siapakah Malaysian Official 1 seperti yang disebut oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat ataupun meletak jawatan sekiranya gagal berbuat demikian.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Apandi perlu berbuat demikian sekiranya tiada sebarang tindakan diambil selepas saman sivil dikemukakan DOJ bagi merampas aset yang didakwa dibeli menggunakan dana 1MDB.

Berikutan itu, beliau turut menggesa agar Apandi menghubungi DOJ dan mendedahkan kepada rakyat negara ini siapakah Malaysian Official 1 seperti yang dilaporkan.

“Kalau peguam negara gagal, peguam negara secara terhormat perlu berundur.

“Saya tengok peguam negara yang ada sekarang bukan lagi menjadi seorang peguam untuk negara, tetapi peguam untuk melindungi perdana menteri dan penjenayah yang disebut dalam saman sivil DOJ,”katanya, lapor Malaysia Kini.

Beliau berkata demikian ketika menyerahkan memorandum kepada peguam negara bersama Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akindan bekas pemimpin UMNO, Datuk Khairuddin Abu Hassan, hari ini.

Sementara itu, Shamsul turut menggesa agar Apandi melihat semula keputusan beliau membersihkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada sebarang salah laku berhubung kes 1MDB.

Mengulas mengenai memorandum itu, Shamsul turut meminta supaya pendakwaan dibuat terhadap semua individu yang dinamakan oleh DOJ.

Ujarnya, Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 (Akta 621) boleh digunapakai kerana ia mempunyai peruntukan untuk bantuan bersama dalam perkara jenayah antara Malaysia dan negara lain bagi mengumpul bukti serta memulakan pendakwaan di negara ini

“Selain itu, bekerjasama dengan semua jentera yang berkaitan dengan Kementerian Luar Negeri dan DOJ untuk membawa pulang dan memulangkan semula wang yang dicuri kepada rakyat Malaysia,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");