Jenayah

Pekebun buntu kesan isteri, empat anak

Banting: Seorang pekebun buntu apabila empat anak perempuannya hilang bersama isteri dipercayai melarikan diri dari rumah mereka di Taman Jaya Utama, Telok Panglima Garang di sini, Ahad lalu.

Wanita warga Indonesia dikenali sebagai Suriani, 35, dikatakan menghilangkan diri bersama semua anaknya, Ang Stea Er, 7, Ang Stea Li, 5, Ang Sher Zhen, 3, dan Ang Shea Qi, 2, ketika lelaki berkenaan tiada di rumah, kira-kira jam 4.30 petang.

Menurut Ang Ching Soi, 51, ketika kejadian dia berada di luar dan dimaklumkan perkara itu oleh bapanya yang turut tinggal bersama mereka.

“Bapa saya tidak perasan isteri dan anak keluar kerana berehat dalam biliknya dan hanya menyedari ketiadaan mereka apabila terjaga daripada tidur.

“Semua pakaian dan barangan peribadi mereka turut tiada menyebabkan saya bingung dan bimbang dengan keselamatan mereka. Saya cuba menghubungi tiga telefon bimbit mereka berkali-kali, namun gagal.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat dapat menghubungi saya di talian 014-3633777 atau 017-6759093,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");