Jenayah

Pelajar Tingkatan 2 hilang sejak Ahad

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Tingkatan Dua dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Hulu Langat, Selangor, Ahad lalu.

Kehilangan Khairul Noorfadhley Khairul Anuar, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dusun Nanding, itu disedari keluarganya berikutan tidak pulang selepas keluar kira-kira jam 9 pagi.

Kakak mangsa, Khairul Noorain, 21, berkata ibunya, Norsiah Misdi, 47, menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) Isnin lalu dan memberitahu mengenai kehilangan Khairul Noorfadhley yang kali terakhir dilihat menaiki sebuah kereta Toyota Vios biru.

“Keluarga sangka dia keluar bermain atau mandi di sungai berdekatan rumah tetapi mulai bimbang apabila dia tidak pulang sehingga malam,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Bapa mereka, Khairul Anuar Abdul Rahmah, 51, cuba mencari anak ketiga daripada lima beradik itu di sekitar kawasan rumah tetapi gagal menemuinya.

Dua laporan polis dibuat di Balai Polis Batu 18, Hulu Langat dan Balai Polis Kajang.

Khairul Noorain turut memuat naik status mengenai kehilangan adiknya itu di laman sosial Facebook bagi meminta bantuan orang ramai.

Katanya, mereka sekeluarga bimbangkan keselamatan Khairul Noorfadhley yang tidak pernah berbuat demikian, selain tiada masalah atau perselisihan dengan ahli keluarga lain.

“Dia berani berkawan dengan orang yang lebih dewasa daripadanya. Kami harap dia ditemui semula dengan segera,” katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/177375

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");