Berita Hari Ini

Pelan Transformasi SPAD Dibentang Ke Kabinet Bulan Depan

PUTRAJAYA: Pelan transformasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang melibatkan perkhidmatan Uber dan Grabcar dijangka dibentangkan kepada Kabinet bulan depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

Beliau berkata pada permulaan, pelan berkenaan dirancang dibentangkan pada mesyuarat Kabinet esok namun ia masih perlu diperhalusi.

“Kita perlu putuskan untuk rakyat. Kabinet kena tengok sama ada ia munasabah untuk dipertimbangkan,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan nota serah tugas kepada Datuk Seri Azalina Othman Said pada jamuan Hari Raya Aidilfitri Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di sini, Selasa.

Dalam penyusunan semula portfolio Jabatan Perdana Menteri, Azalina menggantikan Nancy yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang sebelum ini.

Sementara Nancy menyelia Agensi Inovasi Malaysia, Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia dan Kumpulan Industri Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) berkuat kuasa 28 Jun.

Menurut laporan media sebelum ini, SPAD dalam cadangan Program Transformasi Industri Teksi antara lain menjelaskan tentang perlunya membenarkan dari segi undang-undang perkhidmatan Uber dan GrabCar serta menyamaratakan medan persaingan untuk pemandu teksi.

Sebelum ini media turut melaporkan kes pergaduhan melibatkan pemandu teksi dan pemandu Uber dan GrabCar termasuk kejadian pemandu GrabCar diserang ketika mengambil penumpang di ibu kota.

Mengenai portfolio baharunya, Nancy berkata beliau akan memberikan tumpuan kepada usaha dan program inovasi termasuk menjalinkan kerjasama dengan negara luar.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");