Membawang Hari Ini

Pelancaran ‘Force 2’ Ditunda Kerana Perkahwinan Salman Khan

PELAKON dan penerbit Bollywood iaitu John Abraham akan menunda tarikh pelancaran filem mereka berjudul Force 2 jika tarikh tersebut bersamaan dengan perkahwinan pelakon Salman Khan.

Bagaimanapun, katanya tarikh 18 November yang diumumkan oleh Salman itu belum diberitahu secara jelas dan terperinci.

Dia yang turut mempunyai pertalian darah dengan aktor popular itu mengakui tidak ada sebarang maklumat tentang majlis berkenaan.

“Force 2 sepatutnya dilancarkan pada 18 November depan dan jika ia sama dengan tarikh perkahwinan Salman Khan, kami terpaksa tunda tarikh itu.

“Kita tunggu dia umumkan tarikh sebenar dan sama ada tahun ini atau tahun hadapan dia akan berkahwin,” ujarnya.

Baru-baru ini Salman mengumumkan akan berkahwin dengan kekasihnya seorang model bernama Iulia Vantur pada 18 November 2016.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");