Jenayah

Pemilik stor perabot rugi

KOTA BHARU: Pemilik stor simpanan barangan perabot berputih mata apabila bangunan penyimpanan barang miliknya musnah dalam kebakaran awal pagi semalam.

Ismail Husein, 50, berkata, dia nampak api menjulang tinggi dari stor simpanan barangan terbabit yang terletak tidak jauh dari kediamannya.

“Ketika itu saya baru nak lelapkan mata, tapi terkejut dengan kejadian itu. Saya terus telefon bomba,” katanya menceritakan detik cemas itu yang berlaku kira-kira jam 2 pagi, di Kampung Dusun Raja.

Tambahnya, musibah itu telah memusnahkan bangunan tersebut termasuk kesemua barangan perabot yang ada.

“Saya cuba selamatkan barang dalam stor tu, tapi gagal… Api marak begitu cepat dan membakar hampir keseluruhan bangunan stor tu,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II, Mohamad Shamsuddin Ismail berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian bersama 25 anggota termasuk anggota bomba bantuan.

“Sebaik tiba kira-kira jam 2.18 pagi, didapati hampir 100 peratus bangunan telah hangus.

“Dengan dua jentera dari Kota Bharu, sebuah dari Pengkalan Chepa, bantuan pacuan empat roda dan unit paramedik serta sebuah tangki air, kami berusaha padamkan kebakaran dari terus merebak ke bangunan berdekatan,” katanya sambil memberitahu, kebakaran berjaya dikawal kira-kira 30 minit kemudian. Jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");