Isu Panas

‘Pemuda Umno membodek yang keterlaluan’

SHAH ALAM – Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib menyifatkan tindakan Pemuda Umno sebagai mencemar nama institusi itu yang dihormati dari segi peranan, integriti, dan tanggungjawabnya kepada negara.

“Tindakan ini satu paparan tidak baik oleh golongan muda, ia kelihatan seperti membodek secara keterlaluan, lagipun mereka berprofil tinggi, dikagumi dari segi kepimpinan, malah ketokohannya turut diakui masyarakat antarabangsa,” katanya.

Menurutnya, campur tangan orang politik dalam situasi itu bukan memberi ‘kemanisan’ kepada parti, tetapi menyemarakkan lagi persepsi negatif masyarakat terhadap Umno dan BN.

“Ia merugikan imej parti, juga menyemarakkan lagi isu 1MDB. Tindakan biarlah beradab, ini yang dikatakan berani tidak bertempat,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");