Membawang Hari Ini

Pengarah Cari Kelainan Selit Sains Fiksyen Dalam ‘Kampung Drift’

PETALING JAYA: Pengarah filem Kampung Drift, Nevin Hiong menampilkan kelainan dengan menyelitkan kira-kira 30 peratus elemen sains fiksyen dalam filem pertama arahannya berjudul Kampung Drift.

Nevin berkata, ia merupakan salah satu percubaannya untuk melihat sejauh mana penerimaan masyarakat Malaysia terhadap genre berkenaan.

“Filem ini mempunyai kalainan tersendiri kerana saya mengabungkan beberapa genre iaitu aksi, drama, komedi dan sains fiksyen dalam dilem Kampung Drift ini.

“Ia juga cabaran buat saya yang pertama kali menjadi pengarah, secara jujurnya sains fiksyen juga antara percubaan untuk melihat bagaimana penerimaan penonton terhadap genre ini,” ujarnya.

Nevin ditemui selepas tayangan filem Kampung Drift yang diadakan di Cathey Cineleisure, di sini, malam Khamis.

Nevin (empat dari kanan) bersama barisan pelakon Kampung Drift.

Nevin sebelum ini merupakan pengarah fotografi dan telah menghasilkan lebih sepuluh buah filem seperti Cerita Kita, Cerita Hantu Malaysia dan Nasi Tangas.

Dalam pada itu, Nevin berkata, antara cabaran lain ialah hanya boleh melakukan penggambaran pada cuaca yang baik berikutan banyak menggunakan peralatan teknikal.

“Kami hanya boleh bekerja pada cuaca cerah sahaja, kalau hujan memang kena berhenti kerana banyak peralatan yang digunakan untuk teknikal.

“Lagi pula apabila hujan kita tidak boleh buat aksi drift kerana merbahaya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nevin berkata filem yang menjalani penggambaran selama sebulan itu turut menelan belanja RM1.8 juta.

Filem ini mengisahkan tentang penggembaraan hidup seorang remaja bernama Johan (Syafie Naswip) tentang sukan drift, namun minat itu ditentang oleh bapanya Acai lakonan Pekin Ibrahim.

Filem yang bakal ditayangkan pada 4 ogos ini turut menampilkan pelakon Pablo Amirul, Faten Afeefa dan Syazwan Yunos.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");