Berita Hari Ini

Pengumuman DOJ ‘rungkai satu rangkaian jenayah’

SHAH ALAM – “Pengumuman Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat mengenai skandal 1MDB merupakan kemuncak siasatan yang merungkai satu rangkaian jenayah,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau menegaskan, ia bukan sahaja saman sivil, tetapi juga merujuk kepada dua perkataan iaitu rasuah dan kleptokrasi (diperintah oleh pencuri).

“Ia benar-benar satu penghinaan. Mereka kata kita tak boleh memperbesar-besarkan perkara tersebut hanya kerana ia adalah saman sivil,” katanya dalam ucapannya di Forum Kebebasan Maklumat (FOI) di Bangunan Annex, Dun Selangor, di sini, semalam.

Menurutnya, undang-undang mengenai kebebasan maklumat harus dilihat dari segi kebebasan masyarakat umum untuk mengakses maklumat rasmi dan bukan hak milik istimewa.

Selain itu, Mohamed Azmin turut menegaskan individu dinamakan oleh DOJ juga berkait rapat dengan mereka yang memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan.

“Individu yang dimaksudkan adalah penghalang terbesar kepada usaha kami untuk mencapai ketelusan dan kebebasan maklumat.

“Jika kita letakkan prinsip kebebasan maklumat di kedudukan yang sewajarnya dan berpegang teguh kepada prinsip tersebut, pasti contoh yang memalukan seperti isu 1MDB ini tidak akan berlarutan sejauh ini,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Azmin berkata, Selangor perlu menambah baik Enakmen Kebebasan Maklumat (FOI) negeri bagi memastikan matlamat tercapai, sekali gus menjadikan Selangor sebagai negeri contoh.

“Ia boleh dibuat melalui pertambahan kakitangan, melatih pegawai maklumat dan membolehkan penyertaan lebih ramai rakyat dalam hal ehwal negeri,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");