Perak Hari Ini

Pengurusan Sisa Pepejal : Hanya Yang Terbaik Buat Rakyat Perak

IPOH : Kerajaan negeri hanya inginkan yang terbaik untuk rakyatnya sebelum menandatangani perjanjian penswastaan sisa pepejal bersama Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PSPPA).

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, walau apa keputusan yang dibuat sekalipun, ianya akan memberi kesan jangka panjang kepada rakyat.

“Apa pun keputusan yang dibuat oleh kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, ianya akan memberi kesan jangka masa panjang, sama ada positif atau negatif kepada rakyat dan kita kena buat keputusan yang tepat.

“Mereka ada berbincang dengan kita beberapa tahun ini tetapi kita belum memutuskannya lagi. Banyak kajian dan fakta perlu untuk meyakinkan kerajaan negeri.

“Tambahan pula, Perak adalah negeri yang besar dan perlu meliputi banyak kawasan. Kos juga merupakan satu isu,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Jamuan Hari Raya Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Perak sempena Majlis Perasmian Kompleks Perdagangan DWJ dan DWJ Residences@Meru, hari ini.

Bagaimanapun, Zambry berkata, beliau turut mengadakan perbincangan dengan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar agar KPKT berhubung perkara tersebut.

“Beliau memahami perkara-perkara yang ditimbulkan oleh negeri Perak dan beliau akan mengadakan perbincangan lanjutan dengan pihaknya sebelum mengadakan perbincangan di peringkat negeri,”ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Zambry berkata, pengganti Speaker Dewan Undangan Negeri akan diumumkan sebelum sidang Dewan bermula.

“Harap semua pihak boleh menunggu. Pengumuman akan dibuat sebelum sidang Dewan Undangan Negeri,”ujarnya.

Kerusi Speaker Dewan yang dipegang oleh Datuk Seri SK Devamany sebelum ini kosong berikutan beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");