Berita Hari Ini

Penjawat Awam Sarawak Diberi Cuti Jumaat Jika Hari Raya Jatuh Pada 6 Julai

KUCHING: Penjawat awam Sarawak akan mendapat satu hari cuti iaitu pada 8 Julai (Jumaat) jika Hari Raya jatuh pada 6 Julai.

Pejabat ketua menteri berkata ini selaras dengan keputusan kerajaan Persekutuan yang memberikan cuti khas kepada pekerja sekiranya hari raya pertama jatuh pada 6 Julai.

“Berhubung kenyataan Ketua Setiausaha Negara mengenai pemberian cuti khas kepada kakitangan awam persekutuan pada 8 Julai, ketua menteri telah bersetuju bahawa kakitangan perkhidmatan awam negeri mengikut keputusan kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa berkata cuti khas itu hanya terpakai jika Hari Raya pertama jatuh pada 6 Julai.

Beliau berkata cuti tambahan itu akan membolehkan kakitangan menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga dan mendorong mereka untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai apabila mereka kembali bekerja.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");