Perak Hari Ini

Perak Ikut Polisi Kerajaan Berkaitan Ketum – Zambry

IPOH : Kerajaan negeri sentiasa mengikut polisi dan undang-undang kerajaan yang mengklasifikasikan ketum sebahagian daripada dadah.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk membenarkan pekebun-pekebun kecil menanam pokok ketum.

“Walaupun ada yang mengatakan ketum ini ada kebaikan, namun polisi kerajaan sudah jelas dan kita mengikuti polisi yang mengklasifikasikan ketum ini adalah sebahagian daripada dadah.

“Tidak sepatutnya kenyataan-kenyataan kontroversi dikeluarkan bagi mempromosikan ketum yang dilarang penggunaan serta penanamannya di negara ini,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Jamuan Hari Raya Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Perak sempena Majlis Perasmian Kompleks Perdagangan DWJ dan DWJ Residences@Meru, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi RISDA, Datuk Zahidi Zainul Abidin mengesyorkan pekebun kecil di negara ini diberi kebenaran menanam daun ketum untuk dieksport ke luar negara sebagai langkah alternatif meningkatkan pendapatan golongan berkenaan dan mengurangkan kebergantungan terhadap getah.

Beliau berkata, cadangan itu timbul selepas agensi berkenaan menerima permohonan daripada syarikat farmasi di Amerika Syarikat dan Eropah bagi membekalkan daun ketum ke negara tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");