Sukan Hari Ini

Perak pertahan ibu emas SUKMA

Kuching: Ibu segala emas menjadi milik juara bertahan Perak selepas menewaskan Wilayah Persekutuan (WP) 2-0 pada aksi final bola sepak di Stadium Negeri semalam.

Perak yang tampil buat kali ketiga berturut-turut di pentas final jelas menggunakan pengalaman mereka menyekat kebangkitan WP yang mengintai peluang untuk muncul pemenang buat kali pertama.

Seawal minit ke-5, Perak di bawah bimbingan Abu Bakar Fadzim sudah mula mempamerkan kredibiliti mereka, tetapi rembatan penyerang Harris Roslee terkena palang gol.

Harris akhirnya meletakkan Perak di depan pada minit ke-18 berpunca dari sepakan percuma Mohamad Ezanie Mat Salleh.

Penyerang Muhammad Aiedil Shafiq Aznan mejadikan kedudukan 2-0 selepas merembat deras ke gawang lawan minit ke-52.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");