Sukan Hari Ini

Perlis kekang JDT II

Kangar: Perlis mengekang kemaraan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) selepas membenam pasukan dari selatan itu dengan jaringan tipis 1-0 pada perlawanan sengit Liga Perdana di Stadium Tuanku Syed Putra, di sini, semalam.

Menyerap tenaga dan kelebihan bermain di hadapan 1,300 penyokong di laman sendiri membolehkan Singa Utara mengutip tiga mata sekali gus melonjak ke kedudukan keenam dengan 21 mata.

Perlis menyumbat gol tunggal pada minit ke-57 hasil percubaan pemain import Mohamadou Sumareh.

Permainan menjadi tegang apabila Johor DT II terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Amer Saidin dilayangkan kad merah pada minit ke-73 apabila mengasari pemain import Perlis, Park Yong Jun.

Bagaimanapun, Perlis juga terpaksa bermain 10 orang apabila Sumareh dilayangkan kad merah apabila menjatuhkan pemain Johor, Sharul Akmal Mohd Akmal pada minit ke-82.

Ketua jurulatih Perlis, Dollah Salleh berkata, beliau berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan anak buahnya kerana menampilkan keserasian walaupun terpaksa bermain di bawah tekanan.

“Perlis kini sudah bangkit walaupun agak lambat (dalam Liga Perdana). Pemain mempamerkan prestasi yang baik dan mendapat tiga mata penuh petang ini (semalam).

“Kami sepatutnya tidak membuat kesilapan ketika bertemu Kuala Lumpur sebelum ini” ujarnya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");