Perak Hari Ini

Perlu Tingkat Kebersihan Tandas Masjid, Surau

PARIT: Aspek kebersihan terutama melibatkan tandas perlu diberi penekanan utama, bersesuaian dengan peranan institusi masjid sebagai tempat ibadah bagi umat Islam.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri Datuk Dr Mohd Nizar Zakaria masalah tersebut tidak boleh dipandang ringan dan langkah segera harus diambil oleh ahli jawatankuasa masjid dan surau dengan memainkan peranan masing-masing.

“Semua pihak terutama jawatankuasa masjid supaya memperhalusi keperluan terhadap menjaga kebersihan tandas yang disediakan di setiap masjid.

PERAKTODAY2

Ujarnya, kebersihan dan landskap tandas yang baik perlu diwujudkan selain daripada prosedur khusus dalam memastikan penjagaan tandas di setiap masjid sentiasa baik dan bersih.

“Pihak jawatankuasa masjid juga perlu mengambil pendekatan menghiaskan serta menjaga kebersihan tandas di setiap masjid dan surau,” katanya sejurus selepas majlis ramah mesra, penyampaian sumbangan dan majlis berbuka puasa di Masjid Naqliah Padang Kangar di sini hari ini.

PERAKTODAY3

Tambahnya lagi semua pihak perlu memainkan peranan dan memikirkan mengenai keperluan dan keselesaan pengguna lain.

Terdahulu Perak merupakan negeri pertama di Malaysia menggunakan Modul Pembersihan Hamam (Tandas) yang disediakan oleh Sirim Bhd (Sirim) yang dilancarkan secara rasmi pada 18 Mei lalu.

Pada masa yang sama beliau juga berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan di sekitar kawasan DUN Belanja serta meninjau proses membaik pulih masjid tersebut.

Terdahulu Kerajaan katanya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000 kepada 12 Masjid terpilih bagi DUN Belanja untuk bantuan penambahbaikan dan proses baik pulih masjid.

PERAKTODAY4

Ujar Nizar, bantuan yang diberikan oleh kerajaan adalah bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada jemaah yang bukan hanya melakukan ibadah solat tetapi juga menyertai pelbagai program dakwah.

“Persekitaran masjid juga perlu dilengkapi dengan prasarana sekolah agama rakyat, tahfiz dan tanah wakaf pastinya menjadi paksi utama,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");