Sukan Hari Ini

Perpindahan Pogba Ke Old Trafford Dimuktamad Jumaat Ini

MANCHESTER United dijangka bersetuju untuk mendapatkan khidmat Paul Pogba dengan rekod perpindahan dunia dalam tempoh 48 jam.

United dipercayai bersetuju terma dan syarat perpindahan bintang Juventus yang meninggalkan Red Devils pada usia 19 tahun itu dengan bayaran pampasan kecil apabila kontraknya tamat pada 2012.

Rundingan dengan Juventus mengenai yuran perpindahan dan isu bayaran ejen Pogba, Mino Raiola membantutkan usaha untuk mempercepatkan proses perpindahan itu ketika pemain kebangsaan Perancis berkenaan bercuti di Miami.

Namun menurut laporan Sky Sport Italia, rundingan hampir dimuktamadkan dan kontrak itu akan ditandatangani pada Jumaat ini.

Nilai perpindahan Pogba dianggarkan bernilai 110 juta euro termasuk bonus manakala Raiola dijangka memperolehi bayaran sekitar 25 juta euro dalam peranannya merealisasikan hasrat United itu.

Menurut ESPN, Pogba akan mendapat kira-kira 250,000 pound jika dia kembali ke Old Trafford.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");