Sukan Hari Ini

Pertemuan Pogba-Raiola Hangatkan Rundingan Man United

PAUL Pogba dikatakan semakin hampir dengan perpindahannya ke Manchester United menerusi perjanjian £110 juta (RM588.75 juta).

Pemain tengah Perancis itu dilihat menikmati percutian di Miami bersama ejennya, Mino Raiola.

Pogba terus membuatkan semua pihak berteka-teki selepas memuat naik gambar percutian di akaun Instagramnya dengan kapsyen yang samar-samar yang mungkin dikaitkan dengan masa depannya.

Juventus hanya mahu melepaskan pemain yang berhijrah dari Manchester United pada 2012 dengan tawaran £110 juta.

Kelab Itali itu terus bertegas dengan tawaran berkenaan dan sama sekali tidak akan mengubah pendirian mereka. – Mail Online/mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");